Monday, August 8, 2011

salam adalah SALAH!!! yang betul adalah As-Salam

sejak mule aku pakai henpon kalau aku nak text orang biasanya mcm ni,

"oi kau kat mane tu?"
"oi, ape program arini?"
"oi,.... (dan lain2 lagi lah text aku)"
sampai la suatu hari tu masa Kolej 10 UTM ade buat satu program join venture ngan Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland[PPIMI] (malaysia ireland? kengkadang confuse x.x) untuk khidmat masyarakat, aku text sorang kawan (dari PPIMI) lebih kurang macam ni:

"oit, ko kat mane tu? datang tak mesyuarat?"
dan dia reply:

"Salam. aku dah nak sampai"
terkedu sekejap aku bace text tu sbb terasa aku ni kurang sopan plak pegi oi kat orang. so, after that aku terus la tukar style sms atau chatting aku -mulakan dengan perkataan Salam

jadi berbalik kepada tajuk yg aku nk cerita ni, pernah menjadi isu hangat suatu ketika di facebook dan juga mana-mana laman sesawang (website) yang lain. aku bace kat facebook je lah (tak dapat trace plak link dia sebab dah berapa bulan punya isu). dalam tu ade kata umat Islam patut berhati-hati dengan perkataan Salam sebab ianya berasal dari perkataan yahudi laknatullah.. perkataan yg seharusnya diguna adalah As-Salam...

time tu aku pun terasa panas hatilah sebab dah lame aku gunakan perkataan tu tetiba pulak ada fatwa yg tak betauliah kata perkataan tu berasal dari yahudi laknatullah. wth is that?

maka keraguan pun timbul, aku pun tinggalkan la perkataan tersebut dan kembali kepada old style aku (sms & chatting).

tapi hari ni aku jumpa satu benda yg sangat menarik yg menjelaskan tentang permasalahan tersebut:




ok terjawab sudah segala kekusutan.. so bagi reader kt luar sana, hati2 lah dengan fatwa yg tak bertauliah tu. mereka saja menimbulkan keraguan atau was-was dalam diri kita supaya kita meninggalkan amalan yang baik...

sekian saja untuk entry kali ni, i love u guys... muahh :)

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 2



pembukaan Ramadhan ke-2 dihiasi dengan ibadah terawih.





ramai yg mengambil kesempatan ini untuk berterawih di masjid. 5-6 saf penuh.




moreh.. moreh.. moreh..



ni lah favorite aku dari kecik TEH TARIK!!!! tak tau la kenapa, dari kecik memang minat minum teh tarik (teh susu) terutamanya time moreh kt masjid. tapi malam ke 2 ramadhan ni belum ada orang hantar makanan. apa pun aku berasa puas sebab dapat minum TEH TARIK!!!! :)

Ramadhan 1

hmm hari ni adalah hari yg gembira kerana umat Islam menunaikan ibadah puasa untuk hari yg pertama... saya bersahur di Borneo Cafe Taman Cendana Pasir gudang dan berbuka dengan fillet ikan yg digoreng oleh emak :)




rakusnya.... :D